James Rodriguez (kanan) pada aksi La Liga menentang Real Valladolid di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid. FOTO AFP
AFP

GARETH Bale dan James Rodriguez sama-sama memulakan saingan buat pertama kali selepas dua tahun, awal pagi ini, namun Real Madrid dinafikan kemenangan menerusi jaringan penyamaan lewat permainan Real Valladolid.

Bale dan James seakan pasti meninggalkan Madrid musim panas ini namun kedua-dua pemain itu disenaraikan dalam kesebelasan utama Zinedine Zidane tanpa pemain baharu dibeli buat dua perlawanan berturut-turut.

Karim Benzema tampak sudah memberikan kemenangan buat pasukan selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-82 di Santiago Bernabeu namun Sergi Guardiola menyamakan kedudukan pada minit ke-88 dan Valladolid meraih keputusan seri 1-1.

“Ia menyebabkan keadaan menjadi sukar kerana kami menjaringkan gol, kami melalui bahagian yang sukar,” kata Zidane.

“Selepas berada di depan, kami sepatutnya lebih pragmatik dan lebih yakin untuk melakukan apa yang diperlukan.”


Benzema (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Dengan Eden Hazard dan Ferland Mendy kedua-duanya cedera, Luka Jovic dan Eder Militao diletakkan di bangku simpanan manakala Rodrygo mendapat pengalaman bersama pasukan B, tiada apa yang dapat ditunjukkan menerusi perbelanjaan 300 juta euro oleh Madrid.

Jovic masuk dan sepakannya terkena palang tetapi skuad ini tidak begitu menyerlah dengan Rodriguez memulakan perlawanan pertama di Madrid sejak April 2017, bersama Bale, yang masih digunakan selepas persembahan baik hujung minggu lalu berdepan Celta Vigo.

Kedua-dua mereka dinamik, pencetus ketua karakter pasukan, dan Zidane berkata selepas itu dia hanya mengeluarkan James pada separuh masa kedua kerana dia berasa sedikit tidak selesa.

“James bermain baik, dia dikeluarkan kerana mempunyai isu kecil dan kami tidak mahu mengambil apa-apa risiko,” kata Zidane.

“Dia bermain baik terutama pada separuh masa pertama, cuma gagal menjaringkan gol apabila dia berpeluang.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 9:19 AM