Salah (kiri) jaring dua gol ketika berdepan Arsenal. FOTO Reuters
AFP

JURGEN Klopp memuji jaringan solo ‘hebat’ Mohamed Salah ketika bintang Liverpool memusnahkan impian Arsenal menerusi gerakan menarik dalam kemenangan 3-1 di Anfield awal pagi ini.

Ketika Liverpool mendahului menerusi tandukan Joel Matip dan penalti Salah, penyerang Mesir itu berada di posisi sebahagian daripada kawasan padang Arsenal dan melakukan gerakan magisnya.

Berjaya melepasi jangkauan David Luiz dan Nacho Monreal, Salah berjaya menggelecek bola di kawasan penalti dan merembat gol buat tuan rumah untuk memastikan pendahulu Liverpool melebarkan rekod kemenangan 100 peratus pada musim Liga Perdana ini.


Salah (kanan) meraikan jaringan ketiga Liverpool bersama Mane (tengah) dan Fabinho. FOTO EPA

“Jaringan ketiga Mo sangat hebat, namun kesungguhan yang ditunjukkan pemain begitu memuncak. Identiti kami adalah kesungguhan, dan kami tunjukkan hari ini.” kata boss Reds, Klopp.

“Kami mempunyai cukup ruangan dan gerakan untuk meletakkan lawan dalam keadaan tertekan. Kami mempunyai kekuatan di bahagian pertahanan yang tinggi. Pemain melakukan apa yang kami mahu mereka lakukan dan menjaringkan gol menarik.

“Ia permainan yang menarik daripada barisan pemain pada awal musim. Ia sesuatu yang hebat.”

Klopp mengakui dia kagum dengan cara pencabar kejuaraan liga Liverpool mendominasi dalam tempoh yang lama menentang pasukan Arsenal yang tiba di Merseyside dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan awal mereka.

“Aksi 10 minit terakhir saya dapati posisi - 53 hingga 47 atau hampir seperti itu - tetapi 80 minit selebihnya ia pastinya agak berbeza.” tambahnya.

“Dalam masa 80 minit kami sememangnya menguasai permainan. Kami bukan Disneyland, kami tidak perlu menarik minit semua orang setiap masa.”

Arsenal hanya memperolehi gol saguhati menerusi Lucas Torreira di penghujung babak saingan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 8:22 AM