Guardiola (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Silva. FOTO Agensi
Agensi

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mengakui dia menjangkakan pemain tengah, David Silva mungkin ‘menderita’ beraksi di England berikutan sistem latihannya.

Silva berada di landasan tepat untuk melakukan penampilan ke-400 buat City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Bournemouth esok.

Ia adalah tahun akhir di England buat pemain berusia 33 tahun itu, yang memenangi empat kejuaraan liga, empat Piala Liga dan dua Piala FA.

“Gembiranya, saya silap,” kata Guardiola, yang menerangkan Silva adalah ‘seorang pemain bijak yang tidak pernah ditemui.’

“Tetapi dia kurus, pemain yang kecil, bukan pemain yang sentiasa berada dalam kotak di masa yang sesuai dan imej saya mengenai England dari kaca mata pihak luar, saya fikir mungkin dia akan menderita.”


Aksi Pep Guardiola ketika perlawanan Liga Perdana baru-baru ini. FOTO AFP

“Itu adalah jangkaan pertama saya. Kamu boleh bermain pada musim yang baik tetapi dia melakukan untuk 10 musim, ia adalah menakjubkan. Dia pencabar yang kuat.

“Bagaimana maklum balasnya kepada saat buruk - kualiti khasnya membantu dia berjaya dalam Liga Perdana. Dia mungkin cukup berbangga.

Pemain Sepanyol, Silva kebelakangan ini dipilih oleh rakan sepasukannya untuk menggantikan lilitan lengan ketua pasukan susulan pemergian bekas kapten mereka Vincent Kompany.

“Dia mempunyai banyak pengalaman, tahu apa sebenarnya yang dimahukan pasukan dan apa yang perlu dilakukan.” kata Guardiola.

“Setiap kapten adalah berbeza, ada personaliti tersendiri. Dia harus melakukan apa yang dipercayainya.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 1:41 PM