Fabio Quartararo menguji jenteranya di Litar Silverstone. FOTO Agensi
AFP

PELUMBA muka baru dari Perancis, Fabio Quartararo mencipta rekod baru apabila merakam masa terpantas sepusingan sekali gus memadam rekod milik juara dunia, Marc Marquez dalam sesi latihan bebas di Litar Silverstone, London yang diturap dengan aspal baru, semalam.

Quartararo merakam 1 minit 59.225 saat pada sesi latihan bebas terakhir namun keceriannya tergugat seketika apabila catatan berkenaan tidak diiktiraf berikutan lebih masa.

Bagaimanapun, selepas semakan semula rakaman sesi terakhir dilakukan, catatan Quartararo disahkan lebih pantas berbanding rekod Marquez.

Pelumba Sepanyol, Marquez yang memburu gelaran dunia keenam musim ini berdepan detik cemas apabila buat pertama kali terjatuh dalam tujuh perlumbaan di litar itu.

Marquez segera bangkit bersama motosikalnya untuk merakam masa kedua terpantas manakala Maverick Vinales mencatat masa ketiga terpantas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 12:03 PM