Aksi Marketa Vondrousova membalas pukulan bola ketika menyertai kejohanan Terbuka Perancis. FOTO File Reuters
AFP

NAIB juara Terbuka Perancis, Marketa Vondrousova dari Republik Czech menarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat (AS) semalam selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan kiri.

Pemain berusia 20 tahun itu diletakkan sebagai pilihan ke-17 pada kejohanan tahun akhir acara Grand Slam yang bermula Isnin. Marketa memenangi kejuaraan WTA tunggalnya di Biel Bienne, Switzerland pada 2017.

Dia tewas pada final di Budapest dan Istanbul tahun ini begitu juga di Roland Garros kepada pemain Australia, Ashleigh Barty - pilihan kedua Terbuka AS.

Pemain China, Zhang Shuai, yang menjadi pemain seterusnya yang layak untuk dinamakan sebagai pemain pilihan, akan mengambil tempat Marketa dalam undian dan tempat Shuai akan diambil pemain di peringkat kelayakan atau pemain yang bernasib baik.

Shuai ketika ini berada pada paras sama dalam undian ketika pemain pilihan ketiga dari Czech, Karolina Pliskova dan akan berdepan pemain Switzerland, Viktorjia Golubic pada pusingan pertama, memberikan pemain di peringkat kelayakan atau pemain yang bernasib baik untuk beraksi dalam perlawanan pembukaan berdepan pemain Jerman, Laura Siegemund.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 10:11 AM