Dyball (baju biru) meraikan kejayaan pasukan terbaik dengan TSG (kiri) kedua dan Kinan Cycling Team (kanan) ketiga. FOTO TSC
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


DUA pasukan benua tempatan, Team Sapura Cycling (TSC) dan Terengganu Inc TSG Cyling Team (TSG) cemerlang selepas berakhir Tour of Indonesia, hari ini.

Pelumba TSC, Benjamin Dayball meraih kemenangan peringkat kelima dan terakhir dari Gilimanuk ke Gianyar, Bali sejauh 136.8km dengan masa tiga jam 36 minit 25 saat.

Ia adalah kemenangan peringkat kedua TSC selepas Marcus Culey melakukannya di peringkat ketiga pada Rabu.

Malah TSC dinobatkan pasukan terbaik keseluruhan apabila mengumpul 60 jam 21minit 06 saat manakala TSG di kedudukan kedua terbaik.

"Kita membawa pulang 151 mata dari perlumbaan untuk mengukuhkan kedudukan di kedudukan pertama Jelajah Asia," jelas pengurus TSC, Mohd Sayuti Zahit.

TSG pula menamatkan saingan dengan jersi kuning menerusi pelumbanya, Goh Soon Huat yang dinobatkan pelumba terbaik Asia.

Ia melengkapkan kejayaan mereka yang turut memenangi peringkat keempat semalam menerusi Metkel Eyob.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 7:00 PM