Sturridge (kiri) tolak tawaran 13 kelab. FOTO Instagram Trabzonspor
Agensi

DANIEL Sturridge mengakui menolak tawaran 13 kelab sebelum bersetuju menyertai kelab Turki, Trabzonspor dengan kontrak selama tiga tahun.

Kelab Super Lig itu mengesahkan perpindahan bekas bintang Liverpool itu, semalam selepas pemain terbabit menyarung jersi kelab itu.

Kontrak pemain berusia 29 tahun itu yang berakhir baru baru ini, meninggalkan Anfield selepas enam tahun bersama Reds dan membuat 160 penampilan bersama kelab itu.

Masalah kecederaan sering menghantuinya dan pemain antarabangsa England itu hanya beraksi lima perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Marseille, Frankfurt, Real Betis dan Atalanta berminat dengan kelab Wayne Rooney, DC United di Amerika Syarikat juga membuat tawaran agar dia beraksi dalam MLS.

Aston Villa antara pasukan berminat untuk membawa Sturridge atau Studge ke Villa Park.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 2:28 PM