Salah nafi dakwaan bekas pemain Manchester United. Gary Neville. FOTO REUTERS
Agensi

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah menegaskan dia gembira berada di Liverpool biarpun Gary Neville meramalkan bintang Mesir itu akan meninggalkan Anfield pada masa depan.

Neville yang juga bekas pemain pertahanan Manchester United memberitahu Sky Sports skuad Reds perlu bersedia untuk berdepan cabaran tanpa pemain sayap bintang mereka dari Mesir itu.

Salah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mengatakan dia mempunyai keakraban dan kesetiaan bersama Liverpool.

Bercakap kepada agensi media, dia berkata: “Saya gembira berada di Liverpool.

“Saya gembira berada dalam bandar ini. Saya suka penyokong kelab ini dan mereka juga sayang kepada saya.

“Saya berada bersama kelab ini (Liverpool).”

Neville turut meramalkan bekas kelabnya, Manchester United akan sekali lagi memenangi gelaran sebelum Liverpool meraih gelaran sulung Liga Perdana Inggeris (EPL).

United terlepas beraksi Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu selepas menamatkan saingan di tempat keenam manakala skuad Jurgen Klopp hanya tercicir satu mata di belakang juara, Manchester City dan tewas sekali pada saingan musim 2018/19 meraih rekod tertinggi kelab itu dengan 97 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 2:24 PM