Sayuthi (duduk tengah) bersama penaja PJ Half Marathon.

ACARA larian terulung di Petaling Jaya, PJ Half Marathon kembali lagi untuk edisi yang ke-31 yang berlangsung di Dataran Petaling Jaya, pada 25 Ogos ini.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan membabitkan larian 30km Terbuka, 21km Terbuka, 10km Terbuka serta 3km Fun Run.

Seramai 10,000 peserta sudah mengesahkan penyertaan PJ Half Marathon 2019.

Peningkatan penyertaan peserta luar negara juga amat memberangsangkan iaitu seramai 259 peserta dari 42 buah negara sudah mendaftar untuk acara ini.

Secara tidak langsung menjadikan prestij acara PJ Half Marathon semakin meningkat serta menarik ramai penyertaan antarabangsa pada setiap tahun.

Larian dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Olahraga PARA Selangor (POPS) dengan kerjasama Puncak Ventures SRA Sdn Bhd.

Selain sokongan penajaan daripada minuman bertenaga, 100Plus & Ice Mountain (F&N Beverages Marketing Sdn Bhd), Ultron, Pharmaniaga Pristine Sdn Bhd, Unitar, Suunto dan Beaute Library.

Majlis sidang media dan memperkenalkan penaja berlangsung baru-baru ini turut dihadiri Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

Antara jalan-jalan utama yang terlibat dalam acara ini ialah Jalan Gasing, Jalan Templer, Jalan Universiti serta Jalan Sultan.

Untuk makluman, penutupan jalan dan kawalan lalu lintas berperingkat akan dilakukan pada 24 dan 25 Ogos ini oleh pihak Polis Daerah Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.pj-halfmarathon.com atau laman sosial (facebook: www.facebook.com/pjhmarathon).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 10:03 PM