Rashid (tengah) menerima jersi daripada Mohd Arshi pada majlis penyerahan jersi tajaan TNB kepada NSTP. FOTO Mustaffa Kamal

SKUAD bola sepak veteran News Straits Times Press (NSTP) Kuala Lumpur yang rancak mempersiapkan pasukan mendapat suntikan semangat menerusi penajaan jersi baharu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), hari ini.

Majlis penyerahan jersi dan cenderamata diadakan di padang kilat TNB Bangsar oleh Ketua (Newsroom) TNB, Mohd Arshi Mat Daud yang diserahkan kepada Pengarang Kumpulan News Straits Times, Rashid Yusof sambil disaksikan barisan pemain kedua-dua pasukan.


Rashid (dua kiri) turut beraksi pada perlawanan bola sepak persahabatan menentang TNB. FOTO Mustaffa Kamal

Turut diadakan perlawanan persahabatan pembabitan kedua-dua pasukan yang disertai Rashid dan wakil pemain yang terdiri daripada pelbagai jabatan di kedua-dua syarikat.

Aksi perlawanan persahabatan itu berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 7:28 PM