LAWRENCE Van Huizen. FOTO arkib NSTP
Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


BEKAS pemain Olimpik negara dan bekas jurulatih hoki kebangsaan, Lawrence Joseph Van Huizen, 89, meninggal dunia, 4.30 pagi hari ini di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ).

Cucunya, Joel Samuel Van Huizen, 27, berkata, pemain hoki legenda itu meninggal dunia akibat sakit tua.

“Sudah kira-kira dua minggu datuk dimasukkan ke wad di HTJ kerana sudah uzur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lawrence bermain hoki untuk Malaysia pada 1958 dan 1962 di Sukan Asia Tokyo dan Jakarta serta Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan meninggalkan isteri Doreen Philomina Van Huizen @ Koh Kim Bee.

Lawrence mempunyai darah kacukan Belanda dan Portugis, malah anaknya Stephen Van Huizen adalah bekas pemain antarabangsa yang kini menjadi pembantu jurulatih pasukan lelaki kebangsaan.

Malah Joel, yang juga anak kepada Stephen Van Huizen adalah pemain hoki kebangsaan yang membuat penampilan pada Piala Dunai di Bhubabeswar, India, Disember lalu.

Lawrence banyak memberi sumbangan dalam sukan negara dan negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 5:47 PM