MATSUYAMA memecah rekod lapangan di Medinah dengan sembilan di bawah par 63 pagi tadi. FOTO EPA
AFP

BINTANG golf Jepun Hideki Matsuyama memecah rekod lapangan di Medinah dengan sembilan di bawah par 63 pagi tadi untuk mendahului pusingan kedua Kejuaraan BMW manakala Tiger Woods terus begelut.

Matsuyama, naib juara Terbuka AS yang memburu gelaran keenam jelajah AS, mencatat lima birdie daripada lapan lubang pertama dan empat daripada daripada tujuh lubang terakhir dalam aksi bebas bogey untuk mendahului dengan 12 di bawah par 132 selepas 36 lubang di Chicago.

“Kelihatannya saya berjaya menyempurnakan setiap peluang mendapat birdie dengan pukulan putt,” kata Matsuyama.

“Gabungkan semuanya, itulah yang saya perolehi.”

Jumlah pukulannya adalah kurang dua pukulan di bawah catatan lapangan sebelum itu iaitu 65 yang dikongsi pendahulu bersama pusingan pertama Justin Thomas dan Jason Kokrak dan ia pernah dipegang Woods, Skip Kendall dan pemain Kanada Mike Weir.

Pemain Amerika Syarikat Tony Finau dan Patrick Cantlay berkongsi tangga kedua dengan 133 pukulan, satu pukulan di belakang Matsuyama.

Thomas mencatat 69 pukulan dan mengumpul 134 keseluruhan dengan sekumpulan pemain berada di tangga kelima dengan 135 pukulan termasuklah dua pemain Kanada Adam Hadwin dan Corey Conners, pemain Slovakia Rory Sabbatini dan pemain AS Lucas Glover, Chez Reavie dan Xander Schauffele.

Woods, juara kejohanan utama 15 kali yang menjuarai kejohanan utama pertamanya sejak 2008 pada Masters tahun ini, membuat pukulan putt sejauh 13 dan 20 kaki untuk birdie pada lubang ke-14 dan 15 namun mencatat bogey pada lubang ke 16 dan 17 untuk 71 pukulan berturut-turut, ketinggalan 10 pukulan berbanding Matsuyama.

“Saya ketinggalan beberapa pukulan,” kata Woods.

“Saya membuat pukulan lebih baik hari ini, tetapi ia tidak menjadi sehinggalah lubang ke-14,15.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 12:37 PM