Costa setuju selesai cukai. FOTO REUTERS
AFP

PENYERANG Atletico Madrid, Diego Costa bersetuju membayar 1.7 juta euro (RM7.7j) kepada pihak berkuasa percukaian Sepanyol yang menyiasatnya kerana tidak membayar cukai hak imejnya, lapor akhbar Sepanyol,

hari ini.

Agensi berkata pemain berusia 30 tahun itu menyorokkan pendapatannya pada 2014 yang diperolehi daripada rundingan penajaan ditandatangani bersama Adidas sejurus sebelum dia menyertai Chelsea dari Atletico pada tahun itu.

Costa yang memiliki dua kerakyatan Brazil dan Sepanyol, kembali ke Atletico pada 2018.

Menerusi rundingan dengan pejabat cukai Sepanyol, Costa akan mengaku salah mengelak cukai dan perlu membayar 1.1 juta euro (RM5.1j) dalam bentuk cukai semula, menurut laporan akhbar El Mundo.

Dia juga akan dikenakan hukuman penjara enam bulan tetapi tidak akan dikenakan mengikut tempoh masa sebaliknya membayar denda 600,000 euro (RM2.8j).

Perjanjian itu akan menjadi rasmi di mahkamah Madrid pada 4 Oktober, lapor El Mundo.

Jurucakap pejabat cukai berkata, Costa tidak dapat dihubungi berhubung cukai fail individu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 10:35 PM