Kieran Tierney jadi sasaran Arsenal sejak musim lalu. FOTO Agensi
Agensi

ARSENAL memperkukuhkan barisan pertahanan di jam terakhir jendela perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris dengan melengkapkan tandatangan pemain pertahanan kiri, Kieran Tierney dari Celtic dan pemain kebangsaan Brazil dan seterunya dari Chelsea, David Luiz, semalam.

Pemain kebangsaan Scotland, Tierney menjadi sasaran utama musim lalu buat the Gunners dan perjanjian dengan nilai bayaran sekitar £25 juta (RM127.1 juta) perpindahan dari Celtic yang sebenarnya sudah dipersetujui pada malam Rabu.

“Kami berbesar hati Kieran dapat menyertai kami. Dia pemain yang sangat berbakat yang sentiasa menampilkan peningkatan,” kata boss Arsenal, Unai Emery.

“Dia memberi lebih banyak pilihan kepada barisan pertahanan dan saya mengalu-alukan penyertaannya bersama pasukan kami.”


David Luiz sertai Gunners. FOTO Agensi

Pemain pertahanan tengah Brazil, Luiz pula dianggarkan membabitkan perpindahan sekitar £8 juta (RM40.7 juta) bagi mengisi ruang yang ditinggalkan bekas kapten Laurent Koscielny yang berlepas ke Bordeaux awal minggu ini.

Arsenal melepaskan 51 gol dan menduduki tangga kelima dengan perbezaan satu mata daripada Tottenham saingan Liga Perdana musim lalu menyebabkan Gunners terus kempunan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara buat tiga musim berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 11:46 AM