KOVAC mahu lebih berhati-hati dalam urusan pembelian pemain. - FOTO EPA
AFP

JURULATIH Bayern Munich, Nico Kovac mengakui dia menghubungi pengendali Manchester City, Pep Guardiola bagi meminta maaf selepas cuba ‘memikat’ penyerang Jerman, Leroy Sane.

Kovac sebelum ini berkata , dia yakin dapat menandatangani pemain berusia 23 tahun namun tidak disenangi presiden kelab, Karl-Heinz Rummenigge yang menganggapnya tidak membantu dalam proses rundingan.

"Saya telefon Pep Guardiola dan meminta maaf kerana saya terlalu terburu-buru dan mendesak, saya akan lebih berhati-hati selepas ini " kata Kovac selepas Bayern tewas kepada Tottenham dalam aksi final pramusim menerusi penentuan penalti.

Minggu lalu, Guardiola mendesak Sane sama ada dia mahu terus kekal bersama juara Inggeris itu atau berpindah ke Bayern selepas pemain itu menjaringkan dua gol ketika membelasah kelab Hong Kong, Kitchee 6-1.

"Dia pemain yang sangat saya hargai dan saya sukakannya. Dia ada banyak ruang untuk terus maju ke hadapan,” kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 8:23 AM