GAMBAR hiasan.
Arena HM

SERAMAI 800 peserta disasarkan untuk menyertai Larian Warna Hari Kebangsaan pada 24 Ogos depan di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang.

Larian peringkat negeri yang berkonsepkan santai itu menawarkan dua kategori iaitu 5km dan 3km.

Guru Besar SK Saujana Impian, Khatijah Yusof berkata, larian anjuran bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu bagi memupuk semangat bersukan dalam kalangan orang awam, murid, pelajar dan penuntut.

“Oleh kerana larian ini jaraknya tidak terlalu jauh, kami mengharapkan penyertaan yang amat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat.

“Selain itu, larian ini juga bagi memupuk semangat mengingati Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62,” katanya.

Selain pingat dan sijil penyertaan, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai serta cabutan bertuah.

Tarikh tutup penyertaan yang sepatutnya berakhir Jumaat ini dianjakkan hingga 6 Ogos.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 011-10686942 (Azriena), 017-3830984 (Aimi) atau 019-9014099 (Hapizah).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 10:35 PM