Van Dijk bertemu Tacko ketika jelajah pra-musim di Amerika Syarikat. FOTO Twitter
Twitter

VIRGIL van Dijk jarang kelihatan lebih kerdil berbanding pemain lain di padang namun mengakui terkejut selepas bertemu bintang bola keranjang Boston Celtics, Tacko Fall.

Tacko memiliki ketinggian 231sm atau 7 kaki 7 inci berbanding 193sm (6 kaki 4 inci) yang dimiliki bintang Belanda itu yang juga pemain pertahanan Liverpool.

Malah, fizikal van Dijk lebih tinggi jika dibandingkan dengan kebanyakan penyerang kelab lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Apa? Dia akan makan saya hidup-hidup untuk sarapan pagi,” katanya ketika bertemu Tacko sewaktu Liverpool menjayakan jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.

Bos Jurgen Klopp juga sempat berjenaka Tacko, 23, pemain kelahiran Senegal itu begitu sesuai untuk menjadi penyerang pasukan bolasepak sebelum mereka merakam foto di bilik persalinan.

“Peter Crouch!” kata Klopp sambil ketawa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 3:35 PM