NICOLAS Jarry menjulang kejuaraan pertamanya di Terbuka Sweden. FOTO REUTERS
Reuters

PEMAIN tenis Chile Nicolas Jarry menyertai datuknya dalam senarai pemenang gelaran ATP awal pagi tadi dengan menewaskan Juan Ignacio Londero 7-6(7) 6-4 untuk menjulang kejuaraan pertamanya di Terbuka Sweden.

Jaime Fillol, yang meraih enam gelaran jelajah dari 1971 hingga 1982, memperkenalkan sukan itu kepada cucunya di Santiago dan pemain berusia 23 tahun itu membalas kepercayaan itu dengan gelaran sulungnya dalam final ketiga disertainya.

“Beliau adalah antara pemain tenis terbaik Chile. Beliau mengajar saya sukan ini sejak saya kecil lagi dan membawa saya menonton banyak perlawanan hebat,” kata Jarry awal minggu ini, mengenai datuknya yang pernah menduduki ranking tertinggi di tangga ke-14.

“Saya berpeluang kembali ke Geneva (awal musim ini) dan saya fikir kali ini ia memihak kepada saya.

“Saya terlalu gembira. Saya sudah berusaha mendapatkannya sejak sekian lama dan ia benar-benar memberi makna kepada saya,” katanya selepas kemenangan itu.

“Kami adalah pasukan hebat di negara kami dan saya benar-benar menghargai mereka yang menyokong saya sejak sekian lama.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 8:47 AM