MANNY PACQUIAO
Agensi

MANNY Pacquiao menewaskan juara bertahan Keith Thurman menerusi ‘split points decision’ hari ini untuk menjulang gelaran Kejuaraan Super Welterweight WBA.

Dua pengadil memberikan mata 115-112 kepada Pacquiao dan seorang lagi memberikan 114-113 to Thurman, yang merekodkan kekalahan pertama dalam 30 pertarungan.

Thurman berjanji untuk menewaskan peninju Filipina berusia 40 tahun dan memaksanya bersara, tetapi dia ketinggalan sejak pusingan pertama di MGM Grand.

Peninju Amerika Syarikat itu mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, capaian, tinggi dan usia berbanding lawannya dari Filipina itu tetapi dia tumbang dalam tempoh kurang seminit pada psuingan pertama dan cuba mengejar lawannya selepas itu.

Hidung Thurman mula berdarah pada pusingan kelima dan kelihatan sudah mengalah tetapi dia bangkit pada pertengahan pertarungan sebelum Pacquiao membenamnya pada beberapa pusingan terakhir.

“Ia memang menyeronokkan,” kata Pacquiao.

“Lawan saya adalah peninju dan pencabar yang bagus. Dia memang kuat,” kata Pacquiao.

“Saya bukanlah seorang peninju yang suka bercakap banyak, kami hanya mempromosikan pertarungan.

“Dia peninju yang bagus dan kuat. Saya rasa dirahmati malam ini.”

Pacquiao yang mempunyai kepantasan dan stamina tidak setanding usianya dalam pertarungan menghiburkan itu, muncul satu-satunya peninju lelaki yang mengumpul gelaran dunia dalam lapan divisyen berbeza.

Kemenangannya membolehkannya melakar rekod perlawanan 62-7-2 dengan 39 knockouts manakala Thurman mencatat 29-1 (22 KOs).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 2:26 PM