Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my


KAZAKHSTAN menghampakan kedua-dua skuad lelaki dan wanita negara pada separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia Dalam Dewan di Chonburi, Thailand, hari ini.

Paling mengecewakan skuad lelaki yang gagal mengekang kebangkitan lawan apabila mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 sebelum akur dengan kekalahan 3-4.

Malaysia mendahului menerusi Aminuddin Zain dan Shafiq Yaacob pada separuh masa pertama namun kesilapan membenarkan lawan bangkit membawa padah.

Bermula dengan jaringan Yermek Tashkeyev pada minit ke-16, lawan meledak dua jaringan menerusi kapten Daulet Urmanov.


AKSI perlawanan separuh akhir antara Malaysia (jersi putih) dengan Kazakhstan. — FOTO Asian Hockey

Tashkeyev menambah jaringan kedua peribadinya ketika perlawanan berbaki enam minit manakala gol ketiga Malaysia sumbangan Firdaus Omar.

Skuad lelaki akan bertemu Uzbekistan pada aksi penentuan tempat ketiga esok.

Sementara itu skuad wanita kendalian Yahya Atan memberikan tentangan sengit kepada juara lima kali Kazakhstan sebelum tumpas 1-2.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 12:33 AM