PATRICIO (tiga kiri) diserbu rakan sepasukannya selepas Wolves menang final Trofi Liga Perdana Asia di Shanghai, malam ini. — FOTO Reuters
Reuters

RUI Patricio menyelamatkan tiga sepakan penalti ketika Wolverhampton Wanderers mengalahkan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 3-2 menerusi penentuan penalti untuk merangkul Troi Liga Perdana Asia di Shanghai, malam ini.

Penjaga gol Portugal itu menyelamatkan sepakan Ilkay Gundogan, David Silva dan Lukas Nmecha ketika anak buah Nuno Espirito Santo menenangi kejohanan pramusim empat pasukan itu selepas aksi 90 minit berakhir 0-0.

Perlawanan di Stadium Hongkou itu amat mengecewakan dengan banyak penalti disia-siakan oleh anak buah Pep Guardiola termasuk Raheem Sterling yang terlepas sasaran ketika permainan sebenar.

Pengadil Martin Atkinson menghadiahkan City sepakan penalti pada minit ke-20 apabila Leroy Sane dijatuhkan oleh Conor Coady dan kemudian Morgan Gibbs-White, namun sepakan Sterling tinggi dan tersasar.

Terdahulu, Yoshinori Muto memberikan Steve Bruce permulaan kemenangan sebagai ketua jurulatih Newcastle United apabila pemain kebangsaan Jepun itu meledak gol tunggal pada aksi penentuan tempat ketiga mengatasi West Ham United 1-0.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 12:00 AM