PENYERANG PKNS, Kpah Sherman (kiri) dikawal ketat tiga pemain Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini. — FOTO Mohd Yusni Ariffin
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


SKUAD Red Giants membuktikan mereka kekal sebagai pasukan utama Selangor apabila membenam PKNS FC 3-2 pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.

Babak pertama menyaksikan PKNS FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain importnya Romel Morales seawal minit ketiga.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad kendalian B Sathianathan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan sebelum berhasil menjaringkan gol penyamaan menerusi Sandro da Silva pada minit ke-40.

Selangor kemudiannya berada di depan apabila penyerang importnya Ifedayo Omosuyi menyumbat gol kedua pelawat dua minit sebelum rehat.

Selangor terus mengasak kubu lawan sebelum Omosuyi sekali lagi bijak menyempurnakan peluang terhidang dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke-52.

PKNS yang dikhabarkan akan menjadi pasukan ‘feeder’ Selangor musim depan enggan menyerah kalah apabila pertahanan importnya Tamirlan Kozubaev merapatkan jurang dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-77.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 11:46 PM