PENG Soon-Liu Ying tak terdaya atasi beregu China. — FOTO bwfbadminton.org
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my


KEMPEN skuad badminton negara pada Terbuka Indonesia berakhir apabila dua beregu campuran terkandas pada separuh akhir di Jakarta, malam ini.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tumpas kepada beregu nombor satu dunia dan pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 12-21, 16-21 dalam tempoh 35 minit.

Terdahulu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut kecundang pada separuh akhir di Istora Gelora Bung Karno.

Mereka tewas kepada Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China, yang juga pilihan kedua kejohanan dalam aksi dua set 13-21, 20-22.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 11:29 PM