SKUAD Kelantan amat memerlukan sokongan padu penyokong ketika menentang UKM FC, Sabtu ini.
Attirmidzie Rahman
sukanteam@nstp.com.my

PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pemberian diskaun untuk tiket perlawanan terakhir membabitkan The Red Warriors (TRW) menentang UKM FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini.

Presidennya, Wan Abdul Rahim Wan Abullah berkata, KAFA menetapkan harga tiket perlawanan itu RM20 bagi tiket astaka berbanding harga asal RM55, astaka batu RM10, terbuka RM5 dan 12 tahun ke bawah dibenarkan masuk secara percuma.

“Keputusan menurunkan harga tiket ini satu langkah positif KAFA menarik kehadiran penyokong memberikan sokongan kepada Kelantan dalam misi memburu tiga mata berharga di laman sendiri.

"Saya juga menuntut agar pemain menampilkan aksi terbaik dan menghadiahkan kemenangan untuk penyokong yang turun ke stadium Sabtu ini," katanya, hari ini.

Kelantan kini menduduki tangga ke-10 dan mengumpul 14 mata daripada 19 perlawanan lalu sekali gus berkelebihan satu mata berbanding Sarawak yang berada di tangga tercorot.

Kemenangan ke atas UKM FC penting untuk memastikan Kelantan terus kekal dalam Liga Perdana musim hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 11:48 AM
Skip this ad x