Pemain Kedah, Renan Da Silva Alves (tiga kiri) meraikan gol kedua jaringannya menentang Perak. FOTO NSTP/AMRAN HAMID
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my


USAHA Kedah memburu kemenangan dilaman sendiri tercapai apabila tampil dengan aksi garang menewaskan Perak dengan keputusan 4-2 pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Kemenangan itu berjaya melonjakkan Kedah ke kedudukan ketiga Liga Super selepas dua keputusan seri ketika berdepan PKNP FC (1-1) dan Terengganu FC (2-2) sebelum ini.

Perak memperolehi gol me-29 melalui tandukan cantik Shahrul Saad cantik yang tidak dikawal hasil sepakan penjuru diambil oleh Firdaus Saiyadi.

Gol dicari Kedah terhasil dua minit kemudian apabila pemain sayap N Thanabalan mudah menolak masuk bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran Fernando Rodriguez.

Skuad Lang Merah meraih gol kedua dihujung babak pertama melalui tandukan padu pemain pertahanan Renan Alves yang menewaskan Hafizul Hakim berpunca dari sepakan sudut Edgar Bernhardt.

Perak mendapat gol pemyamaan m-78 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Shakir Hamzah.

Kedah bangkit mendapatkan gol ketiga m-88 melalui penyerang Fernando Rodriguez yang menerima hantaran cantik daripada pemain pertahanan Shakir Hamzah.

Selang lima minit kemudian Fernando Rodriguez menjadikan perlawanan malam itu milik Kedah melalui gol keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2019 @ 11:24 PM