Gandingan usia Nakamura (kiri) dan Miura mencecah 93 tahun. FOTO Agensi
Agensi

KELAB Jepun, Yokohama FC menaruh harapan kepada pemain berpengalaman yang pastinya sebagai barisan serangan tertua dalam bola sepak.

Pada usia 41 tahun, bekas pemain tengah menyerang kelab Celtic, Shunsuke Nakamura - yang membuat penampilan profesional dalam karier pada 1997 - menyertai skuad Liga J2 Jepun itu.

Namun dia bukan pemain yang paling tua dalam kelab itu.

Sebaliknya, penyerang Kazuyoshi Miura berusia 52 tahun yang menandatangani kontrak baru bersama Yokohama pada Januari.

Miura, yang membuat dua penampilan musim ini, memulakan karier pada 1986 di kelab Brazil, Santos dan memperolehi 89 kap bersama Jepun 19 tahun lalu.

Dia mengatasi rekod Stanley Matthew sebagai pemain profesional tertua yang menjaringkan gol pada 2017.

Yokohama berkata Nakamura, yang menyertai dari Jubilo Iwata kelab yang beraksi di liga utama Jepun Liga J1, dijangka menjadi senjata terbaru bagi kelab itu bagi kempen musim ini.

Bekas perancang skuad kebangsaan Jepun itu membantu Celtic memenangi tiga kejuaraan liga utama ketika empat tahun berkelana di Parkhead.

Dianugerahkan Pemain Terbaik PFA Scotland tahun 2007 juga selepas membantu Celtic memenangi Piala Scotland dan dua kemenangan Piala Liga.

Dia berpindah ke Espanyol pada 2009, namun meninggalkan kelab itu selepas satu musim untuk menyertai Yokohama F Marinos, seterusnya bersama Jubilo Iwata pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 9:34 AM