SERENA menjerit puas sejurus tamat perlawanan menentang Barbora. - FOTO Agensi
AFP

JUARA tujuh kali, Serena Williams hanya satu lagi kemenangan untuk menyamai rekod 24 kejuaraan Grand Slam milik Margaret Court selepas mara ke final ke-11 Wimbledon.

Pemain Amerika Syarikat berusia 37 tahun itu yang juga pilihan ke-11 tiada tandingan ketika menewaskan pemain Republik Czech, Barbora Strycova 6-1, 6-2 dalam aksi separuh akhir yang memakan masa hanya 59 minit sebentar tadi.

Serena akan menentang bekas pemain nombor satu dunia, Simona Halep pada final Sabtu ini selepas pemain Romania itu menewaskan Elina Svitolina dari Ukraine 6-1, 6-3.

Serena memiliki rekod karier kemenangan 9-1 ke atas Simona.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 11:27 PM