Lampard (kiri) menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Chelsea. FOTO Chelsea FC
Agensi

CHELSEA melantik bekas pemain tengah, Frank Lampard sebagai pengurus baru kelab London itu dengan kontrak selama tiga tahun.

Lampard, 41, meninggalkan kelab Liga Kejuaraan, Derby County untuk mengambil alih kelab pernah diwakilinya selama 13 tahun sebagai pemain.

Dia menggantikan Maurizio Sarri yang meninggalkan Stamford Bridge pada Jun lalu untuk mengendalikan juara Itali, Juventus.

Lampard, 41 membawa Derby ke final play-off saingan itu tetapi kecundang kepada Aston Villa pada musim pertamanya sebagai pengurus.

Bekas pemain England itu membuat 648 penampilan bersama Chelsea dan memenangi 11 trofi utama bersama mereka.

Dia mengambil alih Chelsea yang berada dikenakan sekatan selepas kelab itu dikenakan dua pengharaman jendela perpindahan oleh badan induk bolasepak dunia, FIFA dan kelab itu mengemukakan rayuan kepada mahkamah.

"Saya benar-benar berasa bangga dapat kembali kepada Chelsea sebagai ketua jurulatih," kata Lampard.

"Setiap orang tahu perasaan sayang saya bersama kelab ini dan sejarah kami berkongsi.

Fokus sekarang adalah menyiapkan skuad untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

"Saya berada di sini untuk bekerja keras, membawa kejayaan lebih banyak kepada kelab dan saya tidak sabar untuk memulakan tugas."

Pelantikan itu menjadi kenyataan selepas sembilan hari Derby memberi kebenaran kepada Lampard untuk berbincang bersama Chelsea dan 18 hari selepas meninggalkan Sarri Stamford Bridge.

Lampard adalah pengurus penuh ke-10 Chelsea dilantik oleh pemilik, by Roman Abramovich sejak membeli kelab itu pada 2003.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 4:50 PM