Aksi pemain skuad bola sepak Indonesia. FOTO File Agensi
AFP

INDONESIA dan Australia mengadakan perbincangan awal untuk menjadi penganjur bersama pada Piala Dunia 2034, menurut Persatuan Bolasepak negara Asia Tenggara.

Negara tetangga itu membincangkan cadangan yang berpotensi di mesyuarat khas Persekutuan Bola Sepak Asia (AFF) di Laos, minggu lalu.

“Pada mesyuarat itu kami bersetuju menyertai bersama Australia untuk membida penganjuran Piala Dunia,” kata Gatot Widagdo, jurucakap bagi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) kepada AFP.

Tiada komen langsung diperolehi daripada pihak Australia. Widagdo berkata PSSI sudah mula berbincang dengan Persekutuan Bola Sepak Australia selepas Thailand menarik diri daripada bidaan bersama dengan Indonesia untuk menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak utama FIFA.

Perbincangan antara Indonesia-Australia hadir sehari selepas Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha mengumumkan bahawa 10 negara ahli dari gabungan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bersetuju untuk melancarkan bidaan tuan rumah pada 2034.

Indonesia juga merancang untuk bekerjasama dengan Australia untuk membida penganjur Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun pada 2021, kata Widagdo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 12:55 AM