SILVA memenangi 10 trofi sepanjang sembilan tahun di Etihad. — FOTO Agensi
Reuters

PEMAIN tengah Manchester City, David Silva menyatakan dia akan meninggalkan kelab juara Liga Perdana Inggeris itu pada hujung musim 2019-20.

Ditanya jika dia akan kekal selepas musim depan, pemain Sepanyol berusia 33 tahun itu dipetik berkata dalam BBC: “Tidak, ini musim terakhir.

“Sepuluh tahun bagi saya sudah cukup. Ia masa yang tepat buat saya.

“Awalnya, City bercakap mengenai dua tahun, tapi saya memutuskan untuk menandatangani kontrak setahun lagi, jadi saya menamatkannya selepas 10 tahun.

“Ia melengkapkan satu pusingan. Ia angka yang menarik. Saya tidak boleh melihat diri sendiri bermain menentang City bersama pasukan lain. Jadi 10 tahun - cukuplah.”

Silva, yang menyertai City dari Valencia pada 2010, memenangi empat kejuaraan Liga Perdana, dua Piala FA dan Piala Liga empat kali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 10:24 AM