Ronaldo bersama anaknya ketika bercuti di Greece. FOTO Twitter/Juventus FC
Agensi/Esme Jo

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan membayar tip sebanyak £18,000 (RM95,000) kepada kakitangan hotel untuk menjauhkan keluarganya daripada lensa jurugambar persendirian atau ‘paparrazzi’ ketika mereka bercuti di Greece.

Superstar Juventus dan kapten Portugal itu menginap di bilik hotel yang berharga £7,000 (RM37,000) satu malam.

Ronaldo yang menikmati percutian musim panas bersama teman wanita, Georgina Rodriguez dan empat anaknya menetap di hotel resort lima bintang terbabit di Costa Navarino untuk kali kedua selepas menetap di tempat sama tahun lalu.

Tiada sebarang foto berjaya dirakam sepanjang keluarga itu menetap di tempat peranginan terbabit yang terletak kira-kira 271 kilometer dari Athens.

Akhbar Sepanyol, AS melaporkan Ronaldo yang gembira dengan keadaan itu memberi tip kepada pekerja hotel terbabit tip sebanyak £18,000 (RM95,000).

Ia disebabkan tahap kualiti perkhidmatan diberikan oleh mereka terutamanya keberkesanan menjauhkan paparazzi daripada merakam percutian keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 7:44 PM