Sepp van den Berg. FOTO Agensi
Agensi

LIVERPOOL berminat menandatangani pertahanan tengah muda kelab PEC Zwolle, Sepp van den Berg namun berdepan persaingan daripada Ajax, Bayern Munich dan PSV Eindhoven.

Sampdoria juga dikatakan berminat dengan pemain berusia 17 tahun itu dan tempoh tiga hari ini adalah saat genting bagi The Reds untuk menandatangani pemain skuad kebangsaan Belanda bawah 19 tahun.

Van den Berg membuat 15 penampilan di PEC Zwolle dalam aksi di liga utama Belanda musim lalu.

Jika semuanya berjalan lancar dia akan menjadi pemain pertama yang ditandatangani Liverpool musim ini.

The Reds membandingkan Van den Berg untuk menyamai peringkat seperti Joe Gomez apabila kelab itu menandatangani pemain pertahanan £3.5 juta (RM18.49 juta) daripada Charlton pada Jun 2015.

Pemain antarabangsa England, Gomez antara pemain tonggak pertahanan Liverpool musim lalu sebelum dia mengalami kecederaan membuatkan dia terpaksa berehat panjang.

Kelab berpangkalan di Anfield itu melihat Van den Berg sebagai aset jangka panjang dan kemungkinan pemain itu berpotensi besar diserapkan ke dalam pasukan utama sejak dari awal penyertaannya, tumpuan utama kini adalah pembangunan dan intergrasi bersama pasukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 7:39 PM