Neymar mahu kembali ke Barcelona. FOTO REUTERS
Agensi

NEYMAR bersetuju secara ‘lisan’ dengan Barcelona untuk membuat penampilan semula ke Nou Camp, menurut laporan media di Sepanyol.

Superstar Brazil itu yang dikaitkan dengan perpindahan dari PSG pada musim panas ini selepas dikatakan tidak gembira berada di ibu kota Perancis itu.

Akhbar sukan Sepanyol melaporkan Neymar dan bekas kelabnya, Barca sudah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun.

Malah, dia juga dikatakan sudah bersedia gajinya dipotong untuk membolehkan dia menyertai semula kelab La Liga itu.

Pemain berusia 27 tahun itu begitu terdesak untuk kembali selepas berhijrah ke Paris.

Neymar juga dilaporkan bersetuju tanpa dengan syarat dikemukakan oleh

presiden Barca, Josep Maria Bartomeu.

Penyertaan ke Barca akan menyaksikan penurunan nilai kontrak iaitu £21.4 juta (RM 113j) setahun berbanding kontrak sekarang bernilai £32.8j (RM173j) di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 7:28 PM