Reyes Lopez (tengah) sertai akademi Real Madrid. FOTO Agensi
Agensi

ANAK lelaki kepada mendiang pemain sayap Arsenal, Jose Antonio Reyes menandatangani kontrak bersama Real Madrid pada usia 11 tahun.

Jose Reyes Lopez, yang sebelum ini beraksi untuk kelab Sepanyol, Leganes, akan menyertai akademi kelab itu di mana bapanya beraksi ketika dipinjamkan pada 2006-7.

Bekas pemain sayap Sevilla meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada usia 35 tahun bulan lalu.

Reyes Junior menyertai Real Madrid dipersetujui terlebih sebelum kematian bapanya dan dia mengumumkan perkara itu di Instagram, serta berkongsi gambar bersama ibunya.

“Saya sangat gembira dan berbangga untuk memulakan fasa baru di Real Madrid,” tulisnya. “Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan dan percaya kepada saya, terutama keluarga saya. Saya akan terus berseronok, bekerja dan belajar dengan rendah diri.”

Bekas pemain tengah Barcelona dan Chelsea, Cesc Fabregas, turut beraksi bersama bapa Reyes Junior di Arsenal, memberi nasihat kepada anak muda itu.

“Belajar, dengar, lawan dan paling penting sekali, tidak berhenti percaya,” komen Fabregas di Instagram. “Rasa rendah diri seperti biasa sebelum memulakan semuanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 12:30 AM