Lampard bakal pengurus baru Chelsea. FOTO REUTERS
Agensi

FRANK Lampard dijangka akan dilantik sebagai pengurus baru Chelsea, minggu ini, menurut laporan.

Legenda Chelsea itu akan menggantikan Maurizio Sarri dan membawa bersama penolong pengurus Jody Morris bersamanya dari kelab Derby County.

Laporan media sukan di England menyebut Lampard akan dinamakan sebagai pengurus baru dalam tempoh 48 jam.

Bekas pemain tengah Blues berusia 41 itu menyerlah bersama Rams biarpun hanya semusim dengan membawa kelab itu beraksi pada final play-off Liga kejuaraan.

Lampard adalah penjaring terbanyak Chelsea dengan 211 gol dalam 648 perlawanan dan salah seorang pemain terbaik pernah dihasilkan oleh The Blues.

Dia memenangi 11 piala kejuaraan bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu itu termasuk tiga gelaran EPL dan Liga Juara-Juara (UCL).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 7:26 PM