JUNE Wei akan menentang Joo Ven pada final esok.
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

LIMA wakil negara bakal beraksi pada pentas final Kejuaraan Siri Antarabangsa Malaysia di Arena Badminton Perak, Ipoh esok.

Ia diketuai perseorangan lelaki negara yang juga pilihan utama kejohanan, Soon Joo Ven yang menewaskan rakan senegara, Lim Chong King 21-13, 21-15 pada aksi separuh akhir hari ini. Joo Ven akan bertemu rakan senegara, Cheam June Wei pada aksi final.

June Wei yang juga pilihan kedua, nyata tidak berdepan masalah menewaskan seorang lagi wakil negara, Tan Jia Wei 21-16 21-10 dalam tempoh 40 minit.

Perseorangan wanita negara, Eoon Qi Xuan turut mara selepas menewaskan wakil Thailand, Aimsaard Nuntakarn 21-6, 21-18 dan bakal bertemu pemain Indonesia, Sri Fatmawati.

Beregu lelaki negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong pula terpaksa berhempas pulas menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-14, 18-21, 30-29 dalam tempoh satu jam sembilan minit sebelum menempah tiket final.

Turut mara beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang menewaskan wakil Indonesia, Nita Violina Marwah-Putri Syaikah 23-21, 21-18 sekaligus bertemu Febriana Dwipuji Kusuma-Ribka Sugiarto dari Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2019 @ 8:19 PM