Tom Dumoulin dalam tempoh pulih kecederaan. FOTO File AFP
AFP

JUARA bertahan Giro d'Italia, Tom Dumoulin dijangka terlepas perlumbaan Tour de France tahun ini kerana masih mengalami kecederaan.

Menurut warga Belanda dalam satu kenyataan, sebelum ini Dumoulin dijangka bersaingan dengan juara bertahan Geraint Thomas bagi perlumbaan itu bulan depan, dia juga menarik diri dari perlumbaan Giro musim ini yang dijadual berlangsung pada Jun berikutan mengalami kecederaan lutut.

Dia menyertai juara empat kali, Chris Froome sebagai pelumba pilihan di perlumbaan itu yang terpaksa menarik diri selepas pelumba pasukan Ineos terbabit dalam kemalangan teruk di Criteium du Dauphine minggu lalu.

“Bulan lalu adalah saat yang sangat menyukarkan secara keseluruhannya, dan dengan proses pemulihan daripada kecederaan lutut.” katanya menerusi laman web pasukan Sunweb.

“Selepas apa yang berlaku di Giro saya benar-benar mahu meneruskan jelajah, namun minggu ini saya menyedari ia tidak realistik untuk pelumba pada peringkat saya berada tepat pada masanya,” tambahnya.

Pelumba berusia 28 tahun itu menduduki tempat kedua di Giro d'Italia dan Tour de France tahun lalu, termasuk memenangi ujian masa Kejuaraan Dunia 2017, membuatkan pelumba itu sebagai antara pencabar utama dalam semua jelajah dan perlumbaan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 9:20 AM