Messi (kiri) dicabar pemain Paraguay Rodrigo Rojas pada aksi Argentina menentang Paraguay dalam perlawanan kumpulan B Copa America. FOTO AFP
Reuters

LIONEL Messi menjaringkan gol penalti untuk mengikat kedudukan 1-1 ketika Argentina menentang Paraguay pada aksi Copa America sebentar tadi, sekali gus memberi sedikit peluang untuk pasukan itu layak ke suku akhir.

Richard Sanchez meletakkan Paraguay didepan pada minit ke-37 selepas menerima hantaran Miguel Almiron sebelum Messi menyamakan kedudukan pada minit ke-57 selepas bola terkena tangan pemain Paraguay, Ivan Peris walaupun tiada bantahan daripada mana-mana pihak tayangan VAR mendapati kesalahan itu.

Paraguay turut diberikan sepakan penalti beberapa minit kemudian namun gagal disempurnakan Derlis Gonzalez selepas berjaya diselamatkan penjaga gol Argentina Franco Armani, yang turut bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas Gonzalez di luar kawasan kotak penalti pada separuh masa pertama.


Lionel Messi (kanan) meraikan jaringan penalti menentang Paraguay. FOTO AFP

Argentina masih di kedudukan terbawah Kumpulan B dengan satu mata dalam dua perlawanan namun mereka berpeluang layak ke kelompok lapan terakhir jika menang dengan pasukan di tempat ketiga Qatar pada perlawanan akhir peringkat kumpulan pagi Isnin ini.

Pasukan sudah layak, Colombia yang mendahului kumpulan dengan enam mata selepas menewaskan Qatar 1-0 pada perlawanan terdahulu, serta menewaskan Argentina, 2-0 pada perlawanan pembukaan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 10:56 AM