Pemain Venezuela, Roberto Rosales (kiri) cuba menghalang rembatan Dani Alves dari Brazil pada aksi Copa America. FOTO AFP
Reuters

TUAN rumah Copa America, Brazil dinafikan tiga gol dan melepaskan banyak peluang melakukan jaringan ketika seri 0-0 menentang pencabar Kumpulan A, Venezuela, sebentar tadi.

Roberto Firmino menjaringkan gol dihujung babak pertama permainan selepas pengadil memberikan sepakan percuma kepada tuan rumah, selepas pemain gantian Gabriel Jesus menolak ke gawang gol selepas satu jam perlawanan begitupun tayangan menerusi penolong pengadil video (VAR) jelas menunjukkan Firmino berada di kedudukan ofsaid di garisan benteng.

Philippe Coutinho dilihat mempunyai peluang memecah kebuntuan mencatat kemenangan apabila menjaringkan gol dari jarak dekat namun VAR sekali lagi menafikan jaringan itu.

Brazil mendahului kumpulan dengan empat mata mengatasi Peru yang menewaskan Bolivia 3-1 pada perlawanan terdahulu dan turut memungut empat mata.

Brazil berdepan Peru pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Ahad dengan kedua-dua pasukan memerlukan hanya seri untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

Venezuela mempunyai dua mata manakala Bolivia masih tanpa sebarang mata apabila kedua-dua pasukan bertemu pada Ahad ini.

Dua pasukan daripada setiap kumpulan sah beraksi di kelompok lapan terakhir, disamping dua pasukan pada ranking teratas antara kumpulan yang menduduki tempat ketiga.

Brazil memulakan kempen dengan cemerlang apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bolivia.

Pemain pertahanan Brazil, Thiago Silva berkata, barisan pasukannya tidak berhak mendapat kritikan yang dilemparkan kepada mereka.

“Venezuela sangat bertahan, kami kadang kala terlalu gopoh untuk cuba melakukan dengan pantas dan ia sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan kami. Tetapi apabila kamu tidak menjaringkan gol seperti semua perkara adalah salah,” katanya.

“Pada separuh masa kedua lawan sememangnya tidak berganjak keluar daripada mempertahankan kawasan mereka. Kami tidak menang kerana beberapa perkara remeh.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 11:39 AM