Pemain Korea, Shin Damyeong melakukan rembatan sambil dihadang, Elise Thorsnes dari Norway. FOTO Reuters
AFP

NORWAY melangkah dalam kelompok 16 terbaik Piala Dunia Wanita 2019 bersama China dan Sepanyol selepas menewaskan Korea Selatan, 2-1, sementara Perancis dan Jerman mendahului kumpulan masing-masing dengan kemenangan ke atas Nigeria dan Afrika Selatan.

Caroline Graham Hansen meletakkan Norway mendahului diawal permainan selepas Cho So-hyun didapati menarik Maria Thorisdottir pada minit ke tiga, sebelum menang menerusi satu lagi penalti sejurus selepas waktu rehat apabila dia dijatuhkan Kang Chae-rim.

Penyerang Barcelona itu terpaksa melihat sambil menerima rawatan di tepi padang tatkala Isabell Herlovsen menolak mudah untuk memastikan jaringan kedua untuk memperolehi mata penting dan merampas kedudukan kedua Kumpulan A, walaupun, Yeo Min-ji berjaya menjaringkan gol 12 minit sebelum tamat permainan.

Apabila ditanya wartawan sama ada dia mampu beraksi pada pusingan seterusnya, Hansen berkata : “Saya tidak mengetahuinya lagi, namun doktor sangat positif mengenainya dan saya akan OK.”

Pemain Korea lebih baik daripada apa yang kami jangkakan, namun kami tidak beraksi begitu baik hari ini jadi kami gembira apabila berjaya melepasi peringkat kumpulan,” tambahnya.

Pada pusingan seterusnya barisan kendalian Martin Sjogren akan berdepan sama ada Itali, Brazil atau Australia, yang dijangka mara ke pusingan berikutnya dalam pertarungan kumpulan C esok.

“Kami harus melihat dengan siapa kami akan berhadapan, namun saya fikir Itali sangat mengkagumkan saya,” kata Sjogren.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 7:12 AM