Pelumba TSC, Mario Vogt (tengah) bersama pemenang peringkat kedua di Filipina. FOTO Ihsan team Sapura dan TSC.
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@nstp.com.my


DUA pasukan benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) dan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) cemerlang dalam dua perlumbaan yang disertai mereka di Jelajah Asia hari ini.

TSC menerusi pelumbanya dari Jerman, Mario Vogt menjuarai peringkat kedua Le Tour de Filipinas dengan mencatatkan masa empat jam 49 minit 06 saat dengan pelumba TSG dari Singapura, Goh Choon Huat di kedudukan ketiga.

Kejayaan di Filipina berkenaan membolehkan Vogt menyarung jersi pecut dengan mengumpul 20 mata di perlumbaan berstatus 2.2 dalam kalendar Jelajah Asia itu.

Manakala pada saingan di Korea, TSG menerusi pelumbanya Youcef Reguigui hanya berbaki satu peringkat untuk meraih jersi pecut perlumbaan berstatus 2.1 Jelajah Asia itu.

Selepas berakhir peringkat keempat hari ini, dia mengumpul 56 mata untuk kekal menyarung jersi pecut yang diraihnya sejak peringkat pertama.

"Pasukan akan bekerja keras mempertahankan jersi pada peringkat terakhir esok. Ia adalah laluan yang landai," jelas pelumba dari Algeria itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2019 @ 6:39 PM