KAIMBI (tengah) melepasi kawalan pemain Kedah, Shakir Hamzah (dua kanan) di Stadium Darul Aman, malam ini. — FOTO BERNAMA
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my


KEDAH hanya mampu berkongsi satu mata dengan Pahang apabila seri 0-0 pada aksi Liga Super di Alor Setar, malam ini.

Beraksi di depan hampir 12,000 penonton yang memenuhi Stadium Darul Aman, dua pasukan yang menghuni tangga ketiga dan kedua liga itu gagal memecah kebuntuan gol.

Peluang terbaik tuan rumah hadir seawal minit ketiga apabila sepakan percuma pemain import baharu Edgar Bernhardt hampir mengejutkan pelawat namun penjaga gol Helmi Eliza Elias yang juga bekas pemain Kedah, menyelamatkan Pahang.

Pahang pula hambar dan mensia-siakan beberapa peluang menerusi Dickson Nwakaeme, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan Lazarus Kaimbi.

Keputusan seri itu menyaksikan Pahang kekal di tangga kedua dengan 27 mata daripada 15 perlawanan, 13 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim manakala Kedah mengumpul 23 mata selepas 16 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 11:28 PM