Max dikatakan akan sertai Mercedes. FOTO AFP
Agensi

BAPA Max Verstappen, Jos, memberi gambaran anaknya itu akan bergandingan dengan Lewis Hamilton di Mercedes.

Ketua pasukan Red Bull, Helmut Marko, minggu lalu mengakui pasukannya bakal kehilangan Verstappen jika mereka gagal menyediakan kereta mampu mencabar gelaran dunia.

“Sudah tentu saya bimbang Verstappen akan meninggalkan pasukan ini,” katanya kepada akhbar Itali, La Gazzetta dello Sport.

“Buat masa ini, hanya sebuah kereta sahaja yang menang dan ia adalah Mercedes.

“Kami mengambil langkah ke belakang biarpun prestasi kami lebih baik.”

Jos Verstappen memberi reaksi ciapan Twitter kepada artikel mengenai laporan anaknya akan berhijrah malah memberi ‘clue’ anaknya akan menyertai pasukan lain.

Bekas pemandu F1 itu yang jarang menulis di media sosial menyebabkan ciapannya mengenai petikan kata-kata laporan itu mencetuskan reaksi kepada pasukan lain dan peminat F1.

Max hanya akan menyertai dua pasukan jika berhijrah iaitu Mercedes atau Ferrari.

Ferrari bagaimanapun sudah mengesahkan dua pemandu mereka musim depan iaitu Sebastian Vettel bersama pelumba muda, Charles Leclerc.

Hamilton akan menjadi bintang di Mercedes tetapi Valtteri Bottas yang berada pada peringkat akhir kontrak selama 12 bulan kini berdepan tekanan untuk mempertahankan tempatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 7:36 PM