Bernhardt mahu bantu Kedah pamer aksi terbaik menentang Pahang. FOTO NSTP
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my


PEMAIN import baharu dari Kyrgyzstan, Edgar Bernhardt teruja tampil pada aksi sulung bersama skuad Lang Merah berdepan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat ini.

Impian Kedah mengutip tiga mata dilaman sendiri menjadi sasaran utama kapten yang juga pemain tengah Kyrgyzstan itu.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, suasana harmoni dalam skuad Kedah banyak membantunya serasi bersama rakan sepasukan.

"Rakan sepasukan mesra dan rasa lebih mudah mendapatkan persefahaman yang baik. Pemain juga menunjukkan sikap positif."

"Saya yakin dengan penyokong mampu membantu mencapai kejayaan seperti dirancang," katanya.

Bernhardt juga mahu membantu Kedah mencapai sasaran menjulang Piala FA musim ini.

"Selepas melepasi ke separuh akhir Piala FA, saya mahu Kedah memenanginya piala berprestij itu.

"Kita harus bekerja keras mencapai sasaran dimahukan dan sememangnya dalam bolasepak ada rintangan.

“Namun, kita perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan."

Kedah kini berada di tangga ketiga carta Liga Super mengumpul 22 mata setakat ini, hasil enam kemenangan, empat seri dan lima tewas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 1:52 PM