Felipe pemain pertahanan Porto. FOTO Agensi
Reuters

PORTO bersetuju menjual pemain pertahanan tengah, Felipe kepada Atletico Madrid dengan perjanjian bernilai 20 juta Euro (RM93.81 juta) menurut kelab Portugal itu.

Pemain Brazil itu menyertai Porto pada 2016 daripada Corinthians, memenangi kejuaraan liga Portugal 2018 dan Piala Super, melakukan 142 penampilan bersama kelab itu.

“FC Porto memaklumkan mereka sudah mencapai persetujuan bersama Atletico Madrid dengan pasaran nilai semasa Felipe sekitar 20 juta Euro,” menurut kenyataan kelab itu.

Atletico, yang mengesahkan perkara itu, mengalu-alukan kehadiran beberapa muka baru pada musim panas ini bagi menggantikan pemain yang meninggalkan kelab itu seperti Diego Godin, Filipe Luis, Juanfran dan Lucas Hernandez.

Penyerang Antoine Griezmann dijangka turut angkat kaki selepas memberitahu pada awal bulan ini dia mahu meninggalkan kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 5:00 PM