KOEMAN mengendalikan latihan skuad kebangsaan Belanda di Zeist menjelang aksi Liga Negara Eropah. — FOTO AFP
Reuters

JURULATIH Belanda, Ronald Koeman berharap dua pemain Liverpool, Virgil van Dijk dan Georginio Wijnaldum muncul pemenang Liga Juara-Juara awal pagi Ahad ini jadi mereka boleh menyertai skuadnya dengan nada positif bagi kempen Liga Negara Eropah.

Liverpool berdepan Tottenham Hotspur pada final Liga Juara-Juara di Madrid.

Belanda pula menentang England pada separuh akhir Liga Negara Eropah di Guimaraes, Portugal pada 6 Jun depan.

“Ia pasti memedihkan jika kedua-duanya gagal selepas satu musim mengagumkan dan semakin hampir merebut trofi besar,” kata Koeman kepada wartawan ketika Belanda bersiap sedia bagi Liga Negara Eropah dengan kem latihan di Zeist minggu ini.

“Van Dijk, Wijnaldum dan Liverpool berhak menang.”

Koeman pada awalnya bercadang membawa seluruh skuad Belanda menyaksikan final Liga Juara-Juara sekiranya Ajax Amsterdam layak.

Namun selepas kelab Belanda itu tersingkir di tangan Tottenham pada separuh akhir, pasukan kebangsaan kekal di Lagos, Portugal bagi bahagian kedua persiapan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 6:30 PM