Leclerc akan bermula di petak ke-16. FOTO REUTERS
AFP

CHARLES Leclerc berkata dia akan mengambil pendekatan ‘ekstrim’ pada perlumbaan Grand Prix Monaco selepas tersingkir pada sesi kelayakan pertama.

Pemandu Ferrari berasal dari Monaco itu yang beraksi di tempat sendiri sekadar layak di tempat ke-16, semalam selepas melakukan banyak kesilapan dan gagal mengulangi kepantasan sesi latihan bebas terakhir pada sebelah pagi.

Ferrari gagal meletakkan pemandu berusia 21 tahun itu pada sesi terakhir untuk memperbaiki masa selepas dia terlepas isyarat penimbang.

“Saya bertanya adakah mereka pasti mengenainya dan mereka memberitahu mereka berasa yakin.

“Saya memberitahu patutkah kita keluar semula?’ Bagaimanapun tiada sebarang kepastian mengenainya.

Leclerc berharap ramalan cuaca kurang baik untuk perlumbaan hari ini akan menjadi kenyataan.

“Harapnya, ia akan hujan dan perlumbaan akan menjadi seperti loteri. Bagaimanapun, jika kering, ia akan menjadi perlumbaan membosankan.

“Saya rasa saya perlu mengambil banyak risiko termasuk risiko untuk terbabas.

“Itu saja yang kami boleh lakukan sekarang, untuk mencuba dan menjadi ekstrim untuk memotong kerana mustahil untuk memintas di litar ini. Jadi, kita akan lihat.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 11:37 PM