Mourinho sedang dicukur di sebuah kedai gunting di Kings Road. FOTO Backgrid
Agensi/Esme Jo

PENGURUS dipecat, Jose Mourinho masih merindui Stamford Bridge dan sanggup datang ke sebuah kedai gunting rambut mewah di Chelsea.

Bekas pengendali Blues, 56, itu kelihatan tidak terurus ketika dia masuk ke kedai terbabit yang terletak di Kings Road, London, pagi tadi, hari ini.

Selepas disingkirkan daripada Manchester United pada Disember lalu, lelaki digelar The Special One itu sehingga kini masih belum mempunyai kelab untuk dibimbing.

Malah, Mourinho berjalan sendirian di Barat London dengan hanya mengenakan baju T putih adidas, seluar kelabu dan kap biru.


Tukang gunting memperkemas rambut Mourinho. FOTO Backgrid

Dia kelihatan dan tidak cemas biarpun pisau tajam diletakkan di lehernya ketika proses bercukur dilakukan.

Mourinho kemudian meninggalkan Kings Grooming Lounge dengan kelihatan 10 tahun lebih muda, tersenyum lebar dan nampak lebih kemas.

Bagaimanapun, cukuran dilakukan bukan ‘biasa-biasa’ sebaliknya perkhidmatan Haks Oscar ‘Hot Towel Shave’dikenakan bayaran £60 (RM320).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 9:45 PM