PEMAIN Derby County Tom Lawrence ketika menentang Aston Villa. FOTO Agensi
Reuters

ASTON Villa berdepan Derby County pada final playoff Liga Kejuaraan dengan kedua-dua kelab terdesak untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan yang dianggap termewah dalam dunia bola sepak dengan sekurang-kurangnya 170 juta pound (RM904.8 juta) menjadi rebutan.

Villa tersingkir dari liga utama selama tiga musim manakala Derby ‘tersangkut’ di divisyen kedua liga Inggeris sejak tersingkir pada 2008.

Kejayaan merekod 10 kemenangan berturut-turut membawa Villa kendalian Dean Smith ke aksi playoff selepas berjaya menyingkirkan seteru Mindlands Barat, West Bromwich Albion.

“Kuncinya adalah momentum,” kata Smith, bekas pengurus Brenford yang mengambil alih tugas daripada Steve Bruce di Villa Park pada Oktober.

“Saya fikir kami memilikinya untuk mara ke final, menerusi perlawanan kami menjelang akhir musim dan dua perlawanan playoff, kami mampu ke final.”

Derby mempamerkan aksi menakjubkan dengan kemenangan ke atas Leeds United, 4-2 pada aksi playoff kedua di Elland Road yang membolehkan mereka menempah tiket ke Wembley.

Pengurus Derby Frank Lampard, bekas pemain tengah Chelsea dan England midfielder yang tampil pada musim pertamanya sebagai pengurus, percaya pasukannya serasi dengan aksi tekanan tinggi.

“Suasana bola sepak bertaraf ‘piala’ sentiasa menyebelahi kami. Kami mendapatkan keputusan yang baik, bermula dengan aksi menentang QPR (menang 2-0 di laman sendiri pada 22 April). Kami perlukan mentaliti hebat Isnin ini,” katanya.

Lampard juga bakal menentang bekas rakan sepasukan di kelab dan negara, John Terry yang juga penolong Smith di Villa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 8:26 AM