PASUKAN Thailand meraikan kejayaan Ratchanok menewaskan Se-Young. - FOTO AFP
AFP

KEMARAAN pemain remaja, An Se-Young dalam kempen Piala Sudirman tersekat selepas juara bertahan Korea Selatan tewas kepada Thailand dalam aksi suku akhir di Nanning, hari ini.

Thailand akan menentang pasukan pilihan China pada saingan separuh akhir kejohanan badminton berpasukan berprestij itu.

Se-Young baharu berusia 17 tahun pada Februari lalu tetapi sudah mencipta nama selepas menjuarai Terbuka New Zealand bulan ini dan menewaskan pemain nombor satu dunia dari Taiwan,Tai Tzu-ying semalam.

Tetapi pemain remaja yang menduduki ranking ke-50 itu dunia gagal menyaingi bekas juara dunia, Ratchanok Intanon selepas tewas 21-15, 21-17 dalam masa 53 minit dan Korea Selatan tewas 1-3 kepada Thailand.

Korea muncul juara pada 2017 selepas mengejutkan juara 10 kali China tetapi kali ini mereka beraksi tanpa perseorangan utama lelaki dan wanita di Nanning.

China sudah pasti terlalu kuat buat Thailand pada aksi separuh akhir Sabtu ini apatah lagi beraksi di tempat sendiri.

Mereka mara ke separuh akhir dengan menewaskan Denmark 3-1.

Dalam dua lagi aksi suku akhir esok, Jepun menentang Malaysia dan Taiwan menentang Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2019 @ 12:02 AM